Friday, 4 December 2015

Bencana Alam

Pengenalan:-
Dewasa ini, manusia dilihat kurang peka dengan masalah alam hingga mengakibatkan bencana alam. Kebanyakkan bencana alam yang berlaku berpunca daripada sikap manusia itu sendiri . Antara bencana alam yang mampu memberi impak yang besar ialah seperti ribut taufan, tsunami, tanah runtuh, jerebu dan sebagainya lagi. Oleh itu, semua pihak tidak seharusnya memandang remeh tentang masalah bencana alam ini. Persoalannya, apakah punca-punca dan langkah-langkah yang wajar diambil ?
Punca:-
1) Kegagalan manusia membuat perancangan
     - penyelenggaraan sungai dan pembalakan yang tidak praktikal.
     - kelambatan manusia untuk memberi pengumuman kepada masyarakat mengenai bencana alam.
2) Ketamakan manusia
     - sifat manusia yang terlampau materialistik.
    - mementingkan kepentingan diri sendiri sahaja.
     -mengejar kekayaan dunia.
Langkah:-
1) Peranan kerajaan
     - menubuhkan sistem amaran awal bencana alam.
    - bertujuan untuk memberi amaran awal kepada masyarakat agar masyarakat boleh bersiap sedia.
    -pihak yang bertanggungjawab perlu memberi hukuman yang setimpal kepda salah laku bertujuan      untuk menyedarkan mereka.

2) Kesedaran masyarakat
      -masyarakat perlu sedar tentang bahaya bencana alam.
      -membantu kerajaan dalam usaha menjaga hutan daripada ditebang
      -bertanggungjawab dalam memerangi bencana alam
3) Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan
     - kerjasama dengan kerajaan
     - melatih masyarakat untuk menghadapi bencana alam
     -kerjasama dengan masyarakat dalam kempen mengurangkan bencana alam.

Kesimpulan:-
Semua pihak harus berganding bahu ibarat peribahasa melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat untuk bersama-sama mengatasi masalah bencana alam demi kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment