Pendahuluan
Ø
Perbuatan salah laku dan
melanggar peraturan sekolah
Ø
Masalah ini semakin
meningkat dari semasa ke semasa
Ø
Pihak media banyak
menyiarkan berita tentang ini
Punca-punca
Ø
Kurang berminat terhadap
pembelajaran dan pengajaran di sekolah
ü
Tidak dapat memberi
perhatian di dalam kelas
ü
Ketinggalan pelajaran dan
membebankan mereka
ü
Mereka mudah berputus asa
Ø
Lebih mementingkan
keseronokan daripada pelajaran
ü
Pelajar ponteng di pusat
beli-belah dan taman rekreasi
ü
Belajar di sekolah adalah
sesuatu yang membosankan ditambah pula dengan kerja rumah yang dibekalkan oleh
guru terlampau banyak
ü
Tiada kesedaran tentang
masa depan mereka
Ø
Takut dengan hukuman yang
diberikan oleh guru
ü
Dikenakan denda dan guru
yang garang membuatkan pelajar enggan ke sekolah
ü
Mereka berasa takut dan
mengambil keputusan untuk ponteng sekolah
ü
Mereka menyalahkan pihak
sekolah yang mengamalkan peraturan yang ketat dan mengenakan hukuman yang berat
terhadap mereka
Langkah mengatasi
Ø
Pihak sekolah mengeluarkan
amaran
ü
Serahkan kepada ibu bapa
ü
Beri kesedaran kepada
anak-anak
ü
Memantau anak-anak
Kesimpulan
Ø
Jika masalah ini tidak
dapat diatasi dengan kadar yang segera, peratusan pelajar yang memonteng akan
terus meningkat saban hari
Ø
Peranan ibu bapa dan pihak
sekolah amat penting
Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang
pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab
yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini
didapati semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak serius.
Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada
masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu
dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih
kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati
semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan
bandar. Pada hemat saya punca-punca sebenar masalah ini haruslah dikenal pasti
dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi
masa depan generasi pelajar kita pada masa depan. Ini kerana mereka adalah
terdiri daripada bakal pemimpin Negara kelak.
Antara
punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap
pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata
pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah,
geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang
berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan
sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini
juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar
yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini
biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata
kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah
hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada
rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.
Pelajar
juga mungkin ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada
pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng
dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di pusat-pusat membeli-belah, pusat
permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang
ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah
adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar
seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi
menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur
hiburan yang tidak terdapat di sekolah.
Terdapat
juga para pelajar yang memberikan alasan yang tidak munasabah seperti takut
didenda, guru yang garang, malu, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan
mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda kerana tidak
sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru. Terdapat juga
pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut
didenda kerana kesalahan mereka itu. Selain itu, Pelajar yang berasa malu
sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi
atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga
menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan
mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang
kecil.
Di
antara langkah-langkah yang wajar di ambil untuk menangani masalah ini ialah,
biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat
yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat
respon yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian
mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini
secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga pelajar yang
berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka.
Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang berkenaan untuk
terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh
itu bolehlah dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran
pihak sekolah turut menyumbang ke arah masalah ini.
Kesimpulannya
sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus pelajar
ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk
mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Sekali gus
masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan ibu bapa, pihak
sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting untuk memastikan gejala ini
tidak berterusan sehingga menjadi lebih serius.
No comments:
Post a Comment