Pada tarikh 8 Disember 2015
Choi Yue Yue telah didakwa mencuri lembu di Kampung Berkat. Kebetulan pada jam 11.50 malam waktu
kejadian, Minah Robe yang baru pulang dari bandar melalui kawasan pokok di mana
lembu tersebut ditambat. Dalam waktu yang sama, Minah Robe terserempak dengan
Choi Yue Yue di tempat kejadian. Choi Yue Yue telah dituduh mencuri lembu
tersebut.
Di Mahkamah ..
Choi Yue Yue diwakili oleh peguam bela nya memberi keterangan
kepada ahli dewan bahawa dia tidak mencuri lembu tersebut. Hal ini kerana pada
waktu kejadian, Choi Yue Yue yang baru pulang dari kedai untuk membeli barang
dapur turut melalui jalan yang sama untuk pulang ke rumah iaitu jalan yang
berhampiran dengan pokok yang menambat lembu tersebut. Pada malam kejadian,
Choi terdengar bunyi yang agak pelik datangnya dari arah pokok tersebut. Maka
Choi membuat keputusan untuk memeriksa dan pergi melihat apa sebenarnya yang
terjadi.
Pada ketika itu juga, Minah Robe ternampak Choi dan dia telah
memberitahu orang kampung tentang kejadian itu. Oleh sebab itu, Choi telah
dituduh sebagai suspek yang mencuri lembu tersebut memandangkan sebelum hari
kejadian, telah berlaku kecurian haiwan ternakan milik Minah Robe. Maka itu,
penduduk kampung percaya bahawa Choi yang mencuri lembu dan haiwan ternakan
tersebut. Pihak pendakwa raya yang mewakili Minah Robe menegaskan isi yang
dikemukakan oleh Minag Robe tetapi dibangkang oleh Peguam bela. Berlaku
ketegangan semasa perbicaraan sedang dijalankan di mahkamah bagi mempertahankan
anak buah masing-masing.
Peguam bela yang mewakili Choi tetap bertegas dan mempertahankan
anak buahnya iaitu Choi. Siasatan dijalankan dalam masa 3 hari untuk mencari
bukti yang kukuh untuk mempertahankan Choi bahawa Choi tidak bersalah dalam
kejadian ini. Apabila siasatan dijalankan, Pegawai Penyiasatan telah menjumpai
bahan bukti bahawa kesan cap jari pada tali penambat lembu tersebut bukanlah
cap jari kepunyaan Choi. Bukti yang paling kukuh adalah pertemuan sehelai bulu
kaki di tempat kejadian yang juga bukan kepunyaan Choi.
Akhirnya, Hakim Mahkamah membuat keputusan dan menegaskan bahawa
Choi dan Peguam bela nya memenangi kes ini.
Perbicaraan selesai....
No comments:
Post a Comment