Pendahuluan
Ø
Warga emas kurang bernasib
baik dan diabaikan oleh anak-anak yang tidak bertanggungjawab
Ø
Pengorbanan ibu bapa tidak
ternilai
Ø
Ibu bapa menjaga kita bagai
menatang minyak yang penuh
Faktor-faktor
Ø
Sikap manusia itu sendiri
ü
Memandang hina warga emas
ü
Anak-anak gemar menghantar
ibu bapa ke rumah orang-orang tua supaya dapat meringankan beban mereka
ü
Ibu bapa bersusah-payah
membesarkan anak-anak
Ø
Memandang ringan
tanggungjawab terhadap orang tua
ü
Mereka tidak terfikir
tentang jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh ibu bapa mereka
ü
Anak-anak membiarkan ibu
bapa tinggal berseorangan
ü
Sibuk dengan tugasan harian
lalu mengabaikan tanggungjawab untuk ibu bapa
Ø
Tindakan ibu bapa itu
sendiri
ü
Ibu bapa bersikap bengis
dan kejam terhadap anak-anak
ü
Anak-anak memendam perasaan
dan berniat untuk membalas dendam
ü
Anak-anak mengabaikan
kebajikan dan kesihatan ibu bapa
Langkah-langkah mengatasi
Ø
Mengikis sifat memandang
remeh orang tua yang kurang bernasib baik
ü
Membuang sifat memandang
hina kepada ibu bapa
ü
Mengubah sikap dan
mengamalkan sistem keluarga yang harmoni
ü
Pupuk rasa kasih sayang
dalam keluarga
Ø
Anak-anak harus diberi
didikan agama dan pendedahan awal tentang menghormati ibu bapa
ü
Anak-anak yang mempunyai
asas agama akan rasa tanggungjawab terhadap ibu bapa itu sangat penting
ü
Terapkan pendidikan moral
ü
Boleh membentuk anak-anak
yang tahu nilai yang baik terhadap ibu bapa
Kesimpulan
Ø
Pengabaian warga tua masih
lagi di tahap yang rendah
Ø
Anak-anak perlu menghormati
ibu bapa
Ø
Jangan mensia-siakan ibu
bapa
Pepatah Melayu
yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit”mungkin sesuai untuk di bincangkan
bagi isu golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan
kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak. Dalam hal ini, kita
sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan warga emas ini diabaikan dan
sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Menjaga warga tua atau ibu
bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan
semua pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.
Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi apa salah anak-anak menjaga
dan menatang bagai minyak yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa
kecil dulu. Lagipun dalam tuntutan agama pun ia cukup jelas menuntut kita
sebagai anak harus menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang berumur. Menjaga ibu
bapa yang sakit ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan
tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun, hari ini ramai anak-anak yang
menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka
sendirian. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang
mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak
menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.
Golongan warga
emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan
satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering
tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu
terdapatnya faktor tertentu yang
menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling
ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina
terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan.
Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka kerumah kebajikan.
Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga
emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini
dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah
membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh
mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit
hati apabila dilayan sedemikian. Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka
yang kurang bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah menambahkan lagi
keperitan itu. Dalam situasi ini bukankah masyarakat sepatutnya memberikan
kasih sayang kepada mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini
ialah masyarakat tidak ada pun rasa belas kasihan atau menunjukkan simpati
bahkan menyisihkan mereka dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan
cacian.
Bukan itu
sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka
menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak
terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga
anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini. Ingatlah,
mereka amat berpengalaman dan segala pandangan, nasihat serta tunjuk ajar
mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup. Selain itu, yang menyebabkan
orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke
rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal sendirian ialah disebabkan
kecacatan, nyayuk, tidak bersefahaman diantara anak atau menantu dengan ibu
bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah kewangan. Tidak
sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai
dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi anak
itu lelaki. Anak-anak harus bijak untuk memohon maaf kepada ibu bapa walaupun
atas hal-hal yang tidak seberapa. Hal ini mereka menganggap memohon maaf pada
ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.
Dari aspek
lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa
itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu
sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka
bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-anak akan bertindak balas dan
menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang
dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah
dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.
Masalah
pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih
boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan
meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua
ibu bapa. Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya
anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal
bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang
bekerja. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik
dimana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang
kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina
kepada ibu bapa yang dianggap semakin
tua semakin tidak berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah
sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi
ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara
tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang,
sokongan dan ikatan kekeluargaan yang
kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.
Langkah kedua,
anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang
menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu bapa
disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam
menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Selain didikan agama yang
diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu
diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang
dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana agensi atau
pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah
diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati
terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Selain itu, kerajaan
perlu menyediakan satu system pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan
dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang
menjaga siapa dalam masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan kempen
kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu
dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan
mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit
sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa
mereka.
Masalah
pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak
tempatan seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan
sangat memalukan dan dikesali. Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa
menghormati dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa dan warga tua dengan
memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin dan
janganlah sesekali mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka serta selalulah
mendoakan mereka agar sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment