Pengenalan
Sejarah Melaka bermula dengan
pengasasan Kesultanan
Melaka oleh Parameswara, seorang
bangsawan Srivijaya dariPalembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Kini Melaka merupakan sebuah tempat bersejarah yang
mempunyai banyak tempat menarik dann kini menjadi tempat pelancongan di
Malaysia.
Zoo
Melaka merupakan salah satu tempat menarik di Melaka. Zoo Melaka terletak
bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di sini
terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan
Afrika secara semula jadi. Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di
negara Malaysia. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri
Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979. Zoo Melaka telah berkembang dan
kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo
Melaka turut mengadakan malam safari setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk
membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara
jam 8:00 - 11:30 malam.
Menara
Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak
di Bandar Hilir, Melaka iaitu bersebelahan Datara Pahlawan.
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat
panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Ia mampu memuatkan
sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10
malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17
seorang. Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai Melaka berhampiran Bangunan
Stadthuys.
Melaka River Cruise
Alami
pelayaran yang menakjubkan sejauh 9 km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit
sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan
era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang
menarik peninggalan sejarah warisan dunia. Sungai Melaka dipenuhi dengan
sejarah sejak kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang
berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang
berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires,
sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.
Walau bagaimanapun, Sungai Melaka kini sebahagian besarnya hanya menjadi peringatan berharga tentang masa silamnya yang gemilang dan kaya serta pembangunan masa kininya. Dan cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan merasai kembara sungai untuk menjejaki sejarah dan menyaksikan keindahannya yang menarik dan mempersonakan.
Kota
A Famosa merupakan peninggalan sejarah Portugis yang paling terbesar di bumi
Melaka. A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis
selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka,
Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis
serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar
"A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).
Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas
terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota
tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan
bangunan lain. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya
kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini
musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan
Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini.
Jonker
Street
Persiaran Jonker yang terletak di
Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul
barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan Cina yang
memaparkan seni bina Baba dan Nyonya. Artifak asli yang berumur sehingga 300
tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap
satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya
dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah
satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar
malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan
pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an. Di
sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh
dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya.
Kesimpulannya, Melaka
merupakan salah satu tempat pelancongan menarik di Malaysia. Tempat ini amat
sesuai bagi mereka yang ingin melancong disamping ingin mendapatkan pengatahuan
lebih dalam bidang sejarah dimana melaka merupakan tempat pertama bermulanya
penaklukan penjajah di Malaysia.
No comments:
Post a Comment