Sinopsis Penceritaan
Satu hari ibu dan anaknya Choi telah pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barangan dapur. Choi amat
gembira kerana ibunya membawanya ke pusat membeli-belah pada hari tersebut. Dalam fikiran Choi sudah terbayang mainan yang banyak dan ingin membelinya. Mainan yang diidamkan Choi adalah patung mainan anak gajah. Choi amat
sukakan mainan yang berupa haiwan. Di rumahnya sahaja sudah banyak terkumpul permainan dan anak patung haiwan. Sedang ibunya sebuk membeli barangan dapur tiba-tiba Choi datang membawa patung mainan anak gajah. Choi meminta ibunya membeli mainan tersebut. Namun hajatya tidak kesampaian kerana mainan tersebut amat mahal. Ibu Choi telah memujuk Choi supaya tidak membeli mainan tersebut dan ingin mengajak Choi ke kedai makan sebagai pujukan. Adakah ibu Choi berjaya memujuk Choi? Dan adakah
Choi berjaya membeli mainan tersebut? Sama-sama kita saksikan.
No comments:
Post a Comment